NEWS

Admiral Residences budayakan amalan hijau

By December 11, 2019 No Comments

Sumber dari : 02 Februari 2019 - www.melakakini.my

KOTA LAKSAMANA 2 Feb. – Admiral Residences membudayakan amalan hijau menggunakan teknologi solar, sekali gus menyahut saranan Kerajaan Negeri Melaka.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, inisiatif dilaksanakan itu, bagi memberi penjimatan tenaga serta pengurangan karbon.

Menurutnya, konsep Admiral Residences yang moden serta mesra alam boleh membangunkan ekonomi kawasan sekitar.

“Ia satu peningkatan gaya hidup bagi penduduk di Melaka amnya dan Kota Laksamana khususnya.

“Pihak pemaju juga mewujudkan taman seluas  1.619 hektar bagi penduduk menikmati aktiviti riadah bersama keluarga dan rakan-rakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Projek Admiral Residences Condominium di Kota Laksamana yang dirasmikan Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr. Mohd Khalil Yaakob, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Low Chee Leong.

Adly berkata, konsep moden diketengahkan kediaman itu bukan sahaja memberi keselesaan, malah pelaburan berbaloi buat pembeli.

“Ia juga mempromosi gaya hidup ke arah hijau dan sihat dengan adanya taman atas bumbung dengan keluasan 11,000 kaki persegi,” katanya.

Katanya, kerajaan negeri terus berusaha menjadikan Melaka pusat pelancongan dan perindustrian terunggul bukan sahaja di Asia, tetapi seantero dunia.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Tanjung Ratna & Director Admiral Residences, Datuk Lau Julian dan lain-lain kenamaan.

Sumber dari : 02 Februari 2019 - www.melakakini.my