NEWS

Admiral Residences guna lif mesra pengguna, jimat, selamat

By December 27, 2019 No Comments

Sumber dari : 26 Disember 2019 - www.melakakini.my

KOTA LAKSAMANA 26 Dis. – Syarikat lif Korea, Hyundai Elevator menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Tanjung Ratna Sdn Bhd untuk membekalkan lif kondominum di Admiral Residences, di sini.

Hyundai Elevator diwakili Pengarah Urusan Hyundai Sales dan Serives Sdn Bhd, Kyoung Lee manakala Tanjung Ratna Sdn Bhd (Tanjung Ratna) diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Julian Lau.

Julian ketika ditemui berkata, menerusi fasa kedua, syarikatnya bersetuju menggunakan lif Hyundai Elevator kerana produk mereka mempunyai ciri-ciri penjimatan tenaga dengan fungsi ‘drive regenerative’, mod siap sedia secara automatik, tempoh jaminan hingga 30 bulan dan dilengkapi kemudahan untuk orang kurang upaya (OKU) dan warga emas.

Ujarnya, projek membabitkan empat blok itu menawarkan 1,440 unit kondominium empat bilik dan tiga bilik pada harga serendah RM296,000 bagi kuota Bumiputera dan RM328,000 untuk bukan Bumiputera.

“Kondominium mesra alam ini menyediakan kemudahan gaya hidup sihat seperti kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak termasuk pelbagai gelanggang untuk aktiviti sukan,” katanya.

Hyundai Elevator juga mempunyai 35 tahun pengalaman dalam industri lif dan sejak 1984 syarikat itu mendahului pasaran industri lif.

Sejak 2012, Hyundai Elevator mengembangkan peniagaan ke Malaysia.

Dalam tempoh tujuh tahun, anak syarikatnya, Hyundai Elevator Sales & Marketing Sdn Bhd mencapai rekod jualan sebanyak RM350 juta.

Pada masa ini, syarikat berkenaan menbekalkan sejumlah 1,100 unit lif tidak termasuk eskalator, walkalator dan Sistem Tempat Letak Kereta Automatik Hyundai sebanyak 1,238 petak kereta di Malaysia.

Bagi yang berminat, kunjungi bilik pameran Admiral Residences di Kota Laksamana atau hubungi 014-6689209 untuk keterangan lanjut.

Sumber dari : 26 Disember 2019 - www.melakakini.my