NEWS

Harga 40 peratus lebih rendah

By December 11, 2019 No Comments

Sumber dari : 03 Februari 2019 - www.sinarharian.com.my

MELAKA TENGAH – Projek kondominium mewah, Admiral Residences yang akan memulakan kerja-kerja pembinaan awal bulan ni mampu membangunkan ekonomi sekitar dan peningkatan gaya hidup penduduk di Kota Laksmana.

Adunnya, Low Chee Leong berkata, ia merupakan projek pembangunan positif oleh Tanjung Ratna Sdn Bhd yang akan merancakkan ekonomi penduduk selain sejajar dengan visi Melaka yang akan meraikan sambutan Bandaraya Warisan Dunia UNESCO yang ke-11 tidak lama lagi.

“Projek kediaman yang diperkenalkan akan menarik pelaburan ke negeri ini dan lebih ramai pelancong yang akan datang lebih-lebih kerajaan negeri menganjurkan Tahun Melawat Melaka 2019 yang bertemakan Melaka The Gateway To Historic Malaysia.

“Saya harap penduduk setempat dalam negeri ini mengambil peluang untuk memiliki kediaman sendiri yang lebih selesa dengan memanfaatkan projek itu sebaik-baiknya memandangkan ia turut akan menggunakan teknologi solar bagi penjimatan tenaga dan pengurangan karbon,” katanya.

Chee Leong berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Admiral Residences yang turut disaksikan Yang Dipertua Negeri, Tun Dr.Mohd Khalil Yaakob di Kota Laksmana, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Tanjung Ratna Sdn. Bhd, Datuk Julian Lau dan Ketua Pegawai Operasi Tanjung Ratna Sdn Bhd, Allan Chee.

Kondominium setinggi 26 tingkat yang berkonsepkan moden itu direka khas arkitek terkenal Australia, Steve Layton.

Satu daripada empat bloknya dilaporkan habis dijual manakala sebuah lagi juga hampir dijual keseluruhannya.

Menariknya, kondominium berkenaan turut mempromosikan gaya hidup hijau dan sihat yang menyediakan sekali kemudahan gimnasium dan sauna yang berkeluasan 9,500 kaki persegi.

Sementara itu, Lau berkata, pihaknya sasar sebanyak 95 peratus pembeli Admiral Residences adalah rakyat negeri ini kerana harga ditawarkan berpatutan.

“Memandangkan ia dibangunkan di atas tanah kediaman maka caj utiliti termasuk cukai pintu akan lebih murah dan dapat menjimatkan pembeli kerana itu setiap unit boleh dijual 40 peratus lebih rendah berbanding kediaman sekitarnya,” katanya. Guna teknologi solar bagi penjimatan tenaga dan pengurangan karbon.

Direka arkitek terkenal AustraliaChee Leong (kanan) dan Lau mengiringi Khalil melihat model Admiral Residences yang akan dibangunkan di kawasan Kota Laksamana.

Sumber dari : 03 Februari 2019 - www.sinarharian.com.my