NEWS

Tanjung Ratna meterai MoU lebih RM100 juta bersama Maybank

By December 7, 2018 No Comments

Source from: 06 Disember 2018 - www.kosmo.com.my

MELAKA – Syarikat pemaju terkemuka negeri ini, Tanjung Ratna Sdn. Bhd. memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Maybank Investment Band. Bhd. (Maybank) sebagai institusi pembiayaan projek perumahan Admiral Residences dengan pelaburan bernilai lebih RM100 juta di Kota Laksamana di sini hari ini.

Majlis menandatangani perjanjian MoU itu diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Ratna Sdn. Bhd, Datuk Julian Lau dan Pengarah Urusan Perbankan Perniagaan Maybank, Jason Wong.

Julian berkata, Maybank bersetuju untuk menjadi institusi pembiayaan selepas melihat prestasi syarikat berkenaan dan sasaran pembeli iaitu bagi pemilikan keluarga.

“Maybank menawarkan pelaburan lebih RM100 juta bagi projek Admiral Residences dan tawaran itu diberikan berdasarkan permintaan tinggi daripada pembeli, selain perumahan ini diberi keutamaan bagi pemilikan keluarga.

“Selain Maybank, sembilan bank lain yang turut terlibat termasuklah CIMB Investment Bank, AmBank Berhad, Affin Bank Berhad, OBCB Bank dan RHB Investment Bank,” katanya pada sidang akhbar di Kota Laksamana hari ini.

Katanya, Admiral Residences yang terletak di tengah bandar Kota Laksamana itu menawarkan 1,440 unit rumah pada harga bermula RM328, 500 bagi (RM307 setiap kaki persegi) dengan keluasan 1,069 kaki persegi (tiga bilik dua bilik air) hingga 1,159 kaki persegi (empat bilik dua bilik air). – K! ONLINE

Source from: 06 Disember 2018 - www.kosmo.com.my